Tuesday, April 24, 2007

Thursday, April 12, 2007

Pelaburan saham melalui Internet haram - Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR 12 April – Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.

Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan Datuk.

Majlis berkenaan membuat keputusan itu terhadap semua bentuk pelaburan Internet termasuk skim cepat kaya SwissCash yang kononnya diuruskan Swiss Mutual Fund kerana skim-skim itu secara jelas mengandungi unsur riba.

Dengan nilai pelaburan mencecah RM1 bilion termasuk kira-kira RM200 juta yang dilaburkan oleh 50,000 pelabur dalam skim SwissCash, tidak kurang 50 jenis pelaburan Internet kini giat melobi orang ramai melabur dengan janji pulangan sehingga 300 peratus.

Selepas SwissCash dan beberapa lain malap, skim terbaru yang mendapat sambutan hebat ketika ini ialah I Love You Forever menerusi laman web www.iluf.biz yang menjanjikan pulangan sehingga RM21,000 bagi pelaburan pokok RM800 untuk tempoh 12 bulan dan www.ugifund.com yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang ditemui pemberita selepas mesyuarat itu memberitahu, sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan SwissCash adalah haram.

Menurutnya, atas alasan itu, Islam tidak membenarkan umatnya melabur dalam segala bentuk pelaburan seumpama itu.

‘‘Ada banyak pelaburan alternatif disediakan kepada pelabur yang berlandaskan Islam dan boleh disertai oleh umat Islam,’’ katanya.

Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia, pelaburan Internet pilihan rakyat Malaysia ialah skim yang mendakwa menjana wang dalam pasaran hadapan komoditi seperti minyak, gas, perladangan dan emas.

Terdapat pelaburan Internet seperti SwissCash yang mendakwa kononnya aktiviti mereka ialah pelaburan offshore yang tidak tertakluk dalam bidang kuasa perundangan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Jenis pelaburan lain yang didakwa sebagai asas aktiviti skim pelaburan Internet ialah perniagaan mata wang asing selain melabur dalam pasaran-pasaran saham luar negara.

Sebelum ini, media mendedahkan pelaburan skim cepat kaya SwissCash yang tampil dengan pelan pelaburan tanpa had dan jaminan keuntungan lebih meyakinkan yang setakat ini sudah menelan kira-kira RM190 juta wang daripada lebih 50,000 pelabur Malaysia.

Kutipan wang deposit awam secara haram itu beroperasi dengan modus operandi berasaskan transaksi Telegraphic Transfer (TT) di bank-bank tempatan dan urusan pelaburan menerusi Internet.

Ekoran itu, BNM membuat kenyataan bahawa skim SwissCash adalah menyalahi undang-undang negara kerana mengambil deposit secara haram.

Teknologi

Selain SwissCash, terdapat lebih 50 skim cepat kaya menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) didalangi beberapa sindiket yang menawarkan pelbagai bentuk pelan pelaburan menerusi alam maya Internet.

Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; www.empay.com; www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us; www.Arabic.com; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG-trade.com dan www.smartindex.net.

Dengan membuka laman web www.jutawan.com, pelayar boleh mendapatkan senarai keseluruhan skim-skim pelaburan Internet atau istilah globalnya dikenali sebagai High Yield Investment Programme (HYIP).

Modal pelaburan dikira berasaskan nilai mata wang Amerika Syarikat (ASD) berdasarkan 3.80 bagi setiap Ringgit Malaysia.

Dengan pelaburan serendah AS$20 (RM76), skim-skim itu menjanjikan pulangan lumayan minimum dua peratus sehari atau 60 peratus sebulan yang dibayar kepada para pelabur selama 100 hari.

Pulangan itu jauh lebih besar dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pulangan yang ditawarkan institusi perbankan iaitu tiga peratus sebulan bagi deposit tetap atau lapan peratus bagi pasaran modal.

Dengan pelan pelaburan yang menarik menggunakan laman web yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), penganjur yang sebenarnya didalangi orang tempatan berjaya mengabui mata para pelabur.

UTUSAN MALAYSIA-13 APRIL 2007

Tuesday, April 10, 2007

Politik kampus


dalam proses

Halatuju bangsa melayu

dalam proses

Siapa lupa siapa???

Dr M merupakan salah seorang pemimpin terkumuka yang terkenal dengan kelantangan menyuarakan pendapatnya. Beliau mula memegang tampuk kepimpinan negara bermula pada 16 julai 1981. Beliau mula dikenali ketika dipecat dari UMNO kerana menulis sepucuk surat yang mengkritik PM (Tunku Abdul Rahman). Pada 1972 beliau diambil kembali memasuki UMNO. Sebagai PM yang ke-4, Dr M telah memainkan peranan dalam membawa negara dan masyarakat kearah Wawasan 2020.Dilahirkan pada 1925 dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Singapura. Bekerja sebagai doktor dalam perkhidmatan kerajaan dan seterusnya berhenti dan membuka keliniknya sendiri di Alor Setar. Pada 1974 beliau telah meninggalkan kerjayanyaa untuk menumpukan perhatian dalam politik.

BUKU YANG DITULIS DR. M
1. Melayu mudah lupa
2. Malays forget easily
3. Kebangkitan semula asia
4. A new deal for asia
5. jalan ke puncak
6. The way foward
7. The challenges of turmoil
8. The voice of asia : two leaders discuss the coming century
9. Menghadapi cabaran
10. The chellenge
11. Dilema melayu

Student power

Buku ini menceritakan tentang aktiviti mahasiswa UM sekitar awal 1968 hingga 1972. Isi kandungannya banyak menceritakan tentang aspirasi perjuangan mahasiswa, krisis dan pergolakan didalam kampus dan motif-motif yang mendorong mereka dalam perjuangan politik semasa berada di kampus. Kedudukan mahasiswa amat penting terutama bagi negara yang sedang meningkat maju dimana mereka adalah sebagai faktor modenisasi.

harapan vc uum kepada warga kampus


dalam proses

Pelik tapi benar.

ketika saya sedang melihat surat khabar NST muka demi muka, saya ternampak satu gambar yang menarik perhatian saya. bahasa di gambar tersebut seakan-akan bahasa asing. setelah diamati betul-betul barulah saya tahu bahawa ia adalah satu dialek dalam malaysia juga. Saya ketawa seorang diri. Saya cuba berfikir adakah orang negeri tersebut sahaja dan luar negara yang akan menggunakan kemudahan tersebut. Bagaimana dengan orang yang tidak tahu dialek tersebut dan bahasa inggeris? dimanakah bahasa kebangsaan kita? sesuatu ketika dulu bahasa kebangsaan adalah antara perkara yang diperjuangkan oleh mahasiswa. Tetapi dinegeri ini tidak mengangkat bahasa kebangsaan. Bahasa Menunjukkan Bangsa. Belum lagi saya mendengar dialek suatu kawasan itu adalah menunjukkan bangsa. tidak berfikir panjangkah orang yang mencipta kemudahan ini?

Sunday, April 8, 2007

Hari terakhir dialam dunia.

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku
seperti Mayat diatas katil di salah sebuah hospital yang
aku sendiri tidak tahu Mengapa akudi tempatkan di sini.
Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandukereta ayah,
lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku
tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku
pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.
Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku
sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap saying mengucap....
Asyhaduallailahaillallah........." ucapan itu dibisikkan ke
telingaku di sertai dengantangisan. Itu suara ibu. Manusia
yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,Manusia yang
pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah
Memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.
Pasti itu Suara abang. Mungkin abang baru sampai."Tenat",
jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan
berserah kepada takdir sahaja. Kita Perlu usaha"

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru
sekarang abang menjengah?Datang lah ke sini, aku ingin
berbicara denganmu. Datanglah.....Tapi mataku.......
semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku
tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.
"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah
yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak
semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini.
Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah".
Sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga
ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu Menangis
saja.

Dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu.....
aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,
selamatkan lah daku. "Yassin......". bacaan yassin
terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu Itu suara abang.
Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail
datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang
sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin
Sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat
apa-apa lagi.

Aku tidak Kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang
pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
"Tolong ibu tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan
ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak?
Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan
dan rintihan. "Panas, dahaga, haus, panas........".
Tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,
"Nenek...........". "Kau dahaga cu, kau lapar
cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu
mahu masuk syurga, minum air ini" "Ibu......". Ibuku
datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. "Ini ibumu.
Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan Islam,
matilah dalam agama Yahudi.....". Ayah.......kau datang
ayah.......". "Matilah dalam agama Yahudi anakku. Matilah
dalam agama Nasrani. Itulah agama yang membantu kau
masuk ke syurga". "Nenek.... ibu..... ayah...... suara
kau kah tadi? Kenapa kau berubahlaku? Atau suara syaitan
yang ingin memurtadkanaku??
"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".
Ucapan Itu diajukansekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.
Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah
hitam datang. "Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah
hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya
"Mari ikut kami". Cahaya putih datang. Datang kilatan
hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa
ini, apa ini? Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".
Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung
kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti
sejuk. Dan kemudian datanglah malaikat maut dihujung
kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan
Allah.......". Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam
tubuhku. Lalu, Innalillahi wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba
bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang
amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang
mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya,hanyirnya,
hancingnya......". "Assalamualaikum......". "Siapa yang
memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.

Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor,
dan sebusuknya didunia ini. Rambutnya yang tidak terurus,
baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan
entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya
dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.
Tanpa dipedulikannya...... jijik, loya, aku rasa........
teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?". "Tidak,
jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan
sejijik ini". "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku
hari-hari". "Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar
semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal
engkau! Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah
amalanmu yang keji....". Aku terdiam. Aku tidak mampu
berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini,
semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.

Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,
akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang
teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.
Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai
dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.
Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah.
Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi
itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk
bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah Yassin
yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat
kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah
bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini?????
"Tolong.... sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur
barus.

Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa
ramai orang melihat ?? Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih
dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih
itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di
bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu!!
Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam
ini? Tolong rimas.... panas........". Kemudian aku di
letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok
imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang
berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di
sembahyangkan? Bukan kah aku bolehsembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah
kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku
sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,
ruku', sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan
kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?
" Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.
Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"
Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long,
kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. Tapi
kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana, kelihatan
tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?
Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!". Setibanya di
tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz
dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku
di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",
aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!". Kini aku
berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi
sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah". "Innalillahiwa
innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang, dan
kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan
talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar
alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar,
syurga dan neraka itu jua benar........". Sayup sayap
aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi
makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama,
makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa
telah ditimbusi sedikit demi sdikit pasir dan tanah
yang di lemparkan keatasku.Terasa semakin gelap
dan...... aku kini keseorangan. Nanti! Nanti! Tolong!
Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku
takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!!
"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU
PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING
DAN TULANG SERENTAK...
DAN SAKITNYA HINGGA KE
AKHIRAT."

Saturday, April 7, 2007

SEJARAH.....

Dari mahasiswa untuk mahasiswa. Begitu jugalah dengan PERUBAHAN ketika mula dibina dalam tahun 1997/1998...... Bukan mudah untuk membina PERUBAHAN kerana untuk memberi nama sahaja sudah bertegang urat. Ada cadangan yang memberi nama gemilang, reformasi dan sebagainya.

Tetapi nama PERUBAHAN yang dipilih. Kenapa????? ini kerana nama PERUBAHAN teras utama untuk bersifat rasional. Contohnya cuba dilihat kronologi revolusi manusia.Dari bayi, kanak-kanak, dewasa dan tua. Apabila seorang manusia meninggal dunia juga akan mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Pada ketika itu nak pakai reformasi nanti dikatakan menyokong Anuar pulak. PERUBAHAN mempunyai tanggungjawab yang besar ketika itu kerana pemimpin mahasiswa berpecah belah. Walaubagaimanapun agenda untuk memastikan mahasiswa mendapat pendidikan yang terbaik tidak dilupakan.

Tahun 1999 merupakan kemenangan pertama PERUBAHAN dan meneruskan kegemilangan hingga ke hari ini walaupun terdapat satu tahun yang agak goyah dalam jangka masa 9 tahun memerintah kampus. Sebelum kemenangan PERUBAHAN, pejabat MPP hanya orang-orang tertuntu sahaja yang dibenarkan masuk terutama yang berpesonaliti berserban dan berjubah. Manakala didalamnya pula terdapat gambar-gambar Taliban sambil memegang mortar. Inikah pemimpin mahasiswa???? tidak wujud integrasi kaum dan tuduh menuduh sebagai sesat juga terjadi katika itu. Kemenangan pertama PERUBAHAN membawa kepada publisiti yang diluar jangkaan sehinggakan azan ditelevision pun menayangkan majlis istiadat konvokesyen UUM.

Strategi untuk memastikan kemenangan diubah dari mahasiswa melayu sahaja kepada gabungan mahasiswa india dan cina. Ini menunjukkan pemimpin PERUBAHAN ketika itu berani menghadapi sebarang risiko akibat penggabungan. Berpeganglah kepada beberapa perkara bagi memastikan sentiasa yang terbaik iaitu yang pertama orang yang tidak pernah menerima cabaran tidak akan matang. kedua ialah kreatif iaitu menjana idea-idea yang bernas, ketiga ialah inovatif bermaksud sentiasa memikirkan sesuatu yang baru. keempat ialah sentiasa bersifat terbuka dan yang terakhir adalah confident building dan sentiasa up to date dengan maklumat semasa.

Orang yang tidak suka kepada PERUBAHAN diibaratkan seperti mayat yang menunggu dikapankan kerana mayat tersebut tidak akan kemana-mana melainkan dengan bantuan orang lain. Pemimpin PERUBAHAN ketika itu pernah berkata " pemimpin yang baik ialah pengikut yang baik dan bukan manusia jenis yes boss dakam segala hal"

BARANG SIAPA YANG MENANAM POKOK PASTI AKAN MENDAPAT HASILNYA DA BOLEH DIBERIKAN KEPADA ORANG LAIN. JANGANLAH KITA MENJADI ORANG YANG AKAN MENEBANG POKOK TERSEBUT.
HIDUP PERUBAHAN!!!!!

antara yang menarik....



ni aku laa..













Peserta sedang menuju ke kawasan paint game
















lunch time....

ceramah dari orang lama

banyak info tentang sejarah perubahan diberikan

Kem perpaduan 2007

Presiden Kelab perpaduan sesi 07/08

Tuesday, April 3, 2007

Rezeki jadi luas kalau.........

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya:
"Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta
rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk
bersedekah." Dia menyambung "Kalau kau sudah senang setelah
sempit,banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut.
Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit,
bila buka wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada
rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan
sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan
dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya
anggapsaya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan
setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga
amalan kawan saya. Pernah suatu hari rakan saya seorang
jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman
polis. Lepastu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi
hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia,
mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang
Allahberikan kat dia.

Alhamdullilah lepas dia bersedekah,
saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak
luas. Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi
kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie
macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas.
Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling
utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang
kita sendiri tak sangka. "Dan apa saja harta yang baik
yang kamu nafkahkan (di jalan
Allah),maka pahalanya itu
untuk kamu sendiri.

Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu
melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa
saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu
akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit
pun tidak akan dianiaya." (Surah al-Baqarah, ayat 272).
Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahawa
seseorang berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana
yang lebih utama itu?" Nabi
bersabda, "Engkau bersedekah
dalam keadaan senang ( sha hih)dan berkeinginan (harish).
"
Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar
Rasulullah bersabda,
"Setiap orang bernaung di bawah
perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab
(perhitungan)
di antara manusia di yaumil akhirat." saya bukan yg
terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar
m
emperingatkan sesama insan betapa Maha
Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya
yang bertaqwa....
......
Sekadar utk berpesan.
Semoga ada manfaat.